You are on page 1of 6

alam melaksanakan aktiviti pemulihan, guru mempunyai banyak pilihan keadah pengajaran kepada pelajar yang menghadapi masalah

dalam aktiviti pembelajaranya. i. Pengajaran secara individu. Pengajaran secara individu ini dilakukan semasa pelajar pelajar sedang membuat latihan bertulis dalam kelas ataupun semasa mereka menjalankan aktiviti kumpulan. Guru dapat mengenal pasti pelajar yang bermasalah dalam kerja kumpulanya dan mengajarnya secara perseorangan. Melalui cara ini pelajar dapat dibantu untuk mengatasi kelemahanya bagi mencapai peringkat yang setara dengan pelajar - pelajar yang lain. ii. Pengajaran secara kumpulan kecil dan keseluruhan kelas. Melalui keadah pengajaran ini pelajar pelajar di bahagikan mengikut kumpulan kecil atau keseluruhan kelas berdasarkan kemahiran yang kurang dikuasai. Arahan diberikan dengan jelas bersama sama peraturan yang akan di lakukan. Seorang ketua dilantik dari murid yang pandai dalam matematik untuk membantu pelajar yang lemah. Pengajaran juga boleh diserap permainan matematik, penggunaan kalkulator serta latihan penyamaran untuk meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih memahami konsep asas yang mereka lemah. iii. Projek Pelajar . Projek pelajar boleh memperkembangkan aktiviti yang membolehkan pelajar menggunakan kemahiran mereka dalam pelbagai cara menarik dan memberangsangkan. Pelajar dapat merancang dan melaksanakan aktiviti seperti abakus, sudut, sejarah matematik, segiempat ajaib, pai, jam, komputer dan bermacam macam lagi. Melalui projek inilah pelajar pemulihan dapat menkayakan pemahaman asas mereka di dalam bidang matematik. iv. Permainan dan teka teki matematik. Aktiviti permainan dan teka teki matematik adalah aktiviti pembelajaran yang memerlukan proses analisis, sentesis dan penilaian.(Mok Song Sang.1993 ). Kepada pelajar pemulihan aktiviti ini menjadi berguna dan bermakna kerana mereka melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti permainan tersebut. Antara permainan yang menggunakan kemahiran proses adalah seperti petak ajaib, permainan dan kuiz matematik, corak dan teselesi dan tangram. v. Bimbingan rakan sebaya. Rakan sebaya boleh mempengaruhi pelajar pemulihan dengan begitu berkesan sekali jika dibandingkan dengan guru. Pembimbing rakan boleh digunakan untuk menerapkan kemahiran asas yang belum dikuasai lagi oleh pelajar yang lemah ini.

2.1 Pengenalan Program pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid-murid yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira. Dalam melaksanakan program tersebut ia memerlukan satu proses yang saling berkaitan di antara satu sama lain. Proses yang terlibat ialah pencalonan murid, ujian saringan, ujian diagnosik dan analisis ujian dan tindakan susulan. Topik 2 Strategi Pelaksanaan Program Pemulihan30 Pengajaran & Pembelajaran

Penilaian 2.2 Proses Pelaksanaan Pemulihan 2.2.1 Carta Alir Proses Program Pemulihan Pencalonan dan Pengumpulan Maklumat Ujian Saringan Sudah Menguasai 3M Belum menguasai Kemahiran 3M Ujian Diagnostik Dan Ujian Pengamatan Analisa Ujian Diagnostik Dan Ujian Pengamatan Penyediaan Rancangan Pengajaran Sudah Menguasai Kemahiran 3M Kelas Biasa / Tindakan Susulan Belum menguasai

Kemahiran 3M. Meneruskan Pengajaran Pemulihan31 2.2.2 Pencalonan Murid Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk ditempatkan di dalam program pemulihan. Pencalonan murid pemulihan boleh dilakukan oleh : 2.2.2.1 Guru Kelas Guru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis, membaca dan mengira, hasil kerja murid dalam kelas, keputusan ujian bulanan, semester dan ujian setiap kemahiran. 2.2.2.2 Guru Mata Pelajaran Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkan murid yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan kepada pencapaian mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasai kemahiran yang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelas pemulihan. 2.2.2.3 Guru Besar Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah. 2.2.2.4 Ibu bapa / penjaga Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka.32

2.2.2.5 Ujian Pelepasan KIA 2 M Murid-murid boleh dicalonkan berdasarkan kepada Ujian pelepasan KIA 2M bagi murid Tahun 1. Bagi murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M maka mereka layak dicalonkan untuk mengikuti saringan program pemulihan. Masa yang paling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan. 2.3 Proses Pengumpulan Maklumat (a) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan memahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau tidak. (b) Daripada rekod individu, guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid. (c) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran-mata pelajaran asas. (d) Lain-lain sumber maklumat ialah :(i) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan. (ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja, kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain. (iii) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran. (iv) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahan33 kelemahan murid.

(e) Borang Rujukan mengandungi:(i) kemahiran asas membaca dan menulis (ii) kemahiran asas mengira (iii) tingkah laku di bilik darjah 2.3.1 Proses Saringan (a) Fungsi: Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian. Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain itu ujian akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan. Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan beberapa faktor seperti skor yang lemah, jenis masalah yang dihadapi oleh murid dan ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas. (b) Instrumen Ujian Saringan:34 (i) Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata pelajaran

Bahasa Malaysia (ii) (Arithmatics Screening Test)- Mathematics 2.3.2 Proses Diagnosis Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. (a) Fungsi: Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. (b) Instrumen Ujian Diagnostik Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Di dalam buku panduan tersebut terdapat pelbagai kemahiran yang sedia digunakan untuk menguji tahap kelemahan murid yang terpilih untuk mengikuti kelas pemulihan. Guru hanya perlu memilih dan merancang serta membina ujian diagnostik yang benar-benar tepat serta mencapai kriteria yang dikehendaki.

You might also like