You are on page 1of 6

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


8.0 PENGENALAN

Sebelum kita memahami keperluan peningkatan kemahiran dan latihan dalam pengurusan sumber manusia, kita perlulah terlebih dahulu mengetahui dan memahami perkataan Latihan dan kemahiran itu sendiri. Apa itu latihan ?

Latihan merupakan satu proses memberi dan menambahkan pengetahuan untuk meningkatkan kualiti sumber manusia.

Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti keperluan latihan untuk pekerja sesebuah organisasi diantaranya : a. b. c. d. penilaian prestasi analisis ke atas keperluan pekerja analisis organisasi pandangan pekerja

Apa yang anda tahu tentang kemahiran ? Kemahiran ialah kebolehan yang khusus di dalam sesuatu bidang. Kemahiran boleh dikategorikan kepada dua bentuk iaitu:

a.

Kemahiran

teknik

seperti

kemahiran

dalam

bidang

kejuruteraan, pengeluaran, kewangan dan pemasaran yang

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ mana bidang ini memerlukan latihan sebelum dapat

menjalankan pekerjaan.

b.

Kemahiran pengurusan adalah kebolehan mengurus yang berkaitan dengan proses pengarahan, penyelarasan dan pengawasan pekerjaan orang lain.

8.1

KEPERLUAN PENINGKATAN KEMAHIRAN DAN LATIHAN

Kenapa kita perlukan peningkatan kemahiran dan latihan ? Sebenarnya latihan dan kemahiran dapat mempengaruhi atau merubah gelagat pekerja menjadi lebih produktif dan seterusnya dapat memberi sumbangan ke arah pencapaian matlamat organisasi . Disamping itu , ia juga dapat meningkatkan kemahiran atau kebolehan seseorang pekerja.

Sebelum sesuatu latihan diadakan, pihak pengurusan mestilah menentukan bidang kemahiran yang perlu diterapkan kepada pekerja di dalam organisasi.

Contohnya : Nikkey merupakan pekerja baru sebagai Pembantu Teknik di sebuah syarikat pemasangan barang-barang elektrik , perlu diberi kursus atau latihan yang berkaitan supaya beliau dapat memahami organisasi dan perjalanan syarikat dan tugas-tugasnya sebagai Pembantu Teknik .

Keperluan latihan bukan hanya penting untuk pekerja-pekerja baru, malah ianya perlu berterusan agar kecekapan dan keberkesanan kerja dapat dipertingkatkan.

Contohnya : Shida telah berkhidmat sebagai kerani akaun dengan syarikat Oconnors selama 5 tahun dan pada peringkat itu, beliau perlu memahirkan dirinya dalam

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ pengguanaan komputer untuk meningkatkan prestasi kerja selaras

perkembangan IT yang sedang meningkat.

Rumusan

Latihan

proses memberi dan menambahkan pengetahuan

Kemahiran

kebolehan yang khusus di dalam sesuatu bidang

Kemahiran teknik Bentuk Kemahiran Kemahiran pengurusan

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ 8.1.1 CARA-CARA MENGENALPASTI KEPERLUAN LATIHAN

Setelah kita mengenalpasti keperluan-keperluan latihan dalam sumber pengurusan manusia seperti yang dinyatakan di atas, kita akan menghuraikannya cara-cara mengenalpasti keperluan latihan tersebut.

a.

Penilaian Prestasi Apa yang anda tahu tentang penilaian prestasi ? Ia merupakan proses yang sistematik bagi menilai kekuatan dan kelemahan pekerja dalam melakukan kerjanya. Daripada penilaian prestasi yang dijalankan, kita akan dapat mengambil langkah-langkah yang boleh meningkatkan prestasi kerja

b.

Analisis ke atas Keperluan Pekerjaan Kenapa kita perlu membuat analisis keperluan pekerjaan ? Analisis ini perlu dilaksanakan untuk memastikan kemahiran dan kebolehan yang ada pada setiap pekerja bersesuaian dengan tugas yang diberikan kepadanya. Jika tidak, latihan perlu diberikan kepada pekerja tersebut bagi meningkatkan kemahiran dan dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

c.

Analisis Organisasi Pihak atasan boleh menentukan keperluan latihan dengan mengambilkira perancangan jangka panjang organisasi yang telah dibuat.

Contohnya :Sebuah syarikat minuman kordial mempunyai strategi untuk mengeluarkan produk baru iaitu makanan bijian berasaskan kacang tanah dalam masa 3 tahun dari sekarang, pengurusan syarikat tersebut sudah pasti akan mengkaji atau mengenalpasti kemahiran yang diperlukan oleh pekerja yang terlibat dalam

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ pengeluaran produk tersebut. Oleh yang demikian latihan yang berkaitan boleh dirangka dan diberikan kepada pekerja yang berkenaan.

d.

Pandangan Pekerja Organisasi boleh mendapat maklumbalas daripada pekerja dengan lebih jelas tentang jenis-jenis latihan yang diperlukan untuk menghasilkan kerja dengan lebih berkesan.

Contohnya :Pegawai Eksekutif A boleh memaklumkan kepada pihak atasan tentang keperluannya terhadap kemahiran menggunakan komputer atau kemahiran komunikasi

8.1.2

JENIS-JENIS LATIHAN

Selepas mengenal pasti siapakah yang patut menerima latihan, pengurus kemudiannya perlu menentukan bentuk-bentuk latihan yang sesuai dengan keperluan individu dan pekerjaan.

Terdapat beberapa jenis latihan yang biasa dilaksanakan:i. Latihan sambil bekerja (On Job Training) ii. Latihan yang dibuat di luar tempat kerja seperti di pusat pengajian, bengkel/seminar anjuran organisasi atau organisasi lain. iii. Latihan intensif yang dilaksanakan di satu tempat yang berhampiran dengan tempat kerja. iv. Latihan penginstitusian yang dikendalikan oleh profesional dari institusi khusus untuk program latihan.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________

Rumusan

Analisis Keperluan Pekerjaan Cara mengenalpasti perlunya latihan Analisis Organisasi

Penilaian Prestasi

Pandangan Pekerja

On Job Training Latihan di luar tempat kerja Jenis Latihan Latihan penginstitusian Latihan intensif

You might also like