You are on page 1of 30

Pertama sekali saya bersyukur di atas kurniaan dan limpah rezekinya daripada ALLAH SWT dan dengan izinnya

dapat saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui,meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu Ustaz Husin Bin Awang di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan.Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan rakan yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.

Sekian terima kasih,

< HBIS1203>

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan dalah bertujuan untuk melihat serta mengkaji Kaedah Hafazan AlQuran Yang Efektif. Melalui kajian ini adalah diharap ia dapat membantu kami melihat apakah kaedah yang paling sesuai dan berkesan di dalam penghafazan Al-Quran. Kajian ini telah dijalankan di dua buah institusi tahfiz yang ada di Pahang iaitu di Maahad Tahfiz Pahang dan Maahad Bahasa Ilmu Al-Quran (MaBIQ). Pemilihan institusi berkenaan adalah berdasarkan faktor jarak yang paling hampir. Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar di kedua-dua institusi tahfiz yang terlibat di dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah melalui borang soal selidk dan temubual yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini adalah mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh penyelidik iaitu untuk mengkaji apakah kaedah hafazan Al-Quran yang paling berkesan di dalam mendalami ilmu al-Quran.

Pernyataan Masalah

Kajian mengenai kaedah hafazan Al-Quran yang efektif Maahad Tahfiz Pahang dan Maahad Bahasa Ilmu Al-Quran (MaBIQ) di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Maklumat-maklumat awal mengenai kaedah hafazan ini diperolehi dengan mendapatkan maklumat daripada bukubuku, kertas kerja-kertas kerja yang lalu dan daripada pusat-pusat tahfiz Al-Quran yang sedia ada.

Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut;

i) Mengenalpasti kaedah hafazan yang paling berkesan. ii) Mendalami permasalahan yang sering dihadapi oleh pelajar lelaki dan perempuan dalam menghafaz Al-Qur'an. iii) Mencadangkan satu bentuk penyelesaian yang berkesan kepada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahfiz.

< HBIS1203>

Persoalan Kajian

Antara persoalan mengenai kajian yang akan dijalankan;

i. Apakah kaedah hafazan yang paling baik dan berkesan untuk menghafaz Al-Quran. ii. Apakah modul kaedah hafazan yang terbaik dan bersistematik yang boleh dilaksanakan di Madrasah / Maahad / Institut tahfiz Al-Quran.

Skop Kajian

Kajian ini tertumpu kepada pelajar-pelajar yang belajar di Maahad Tahfiz Pahang dan Maahad Bahasa Ilmu Al-Quran (MaBIQ) di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Di samping itu kajian ini juga melibatkan guru-guru dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembelajaran penghafazan Al-Quran. Beberapa set soal selidik telah digubal khas untuk mengumpul data tentang kaedah hafazan yang digunakan di samping temuramah dan pemerhatian/tinjauan dipusat-pusat tahfiz berkaitan.

. Perkataan "kaedah" pula bermaksud cara atau sistem dalam melakukan sesuatu perbuatan (Kamus Dewan, 2000:557). Mok Soon Sang (2002: 51-52) pula mendefinasikan kaedah sebagai cara atau peraturan untuk membuat sesuatu. Kaedah juga bermaksud satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang spesifik dalam jangka masa yang pendek. Tanpa kaedah yang terancang dan bersesuaian, sesuatu yang diusahakan itu tidak mungkin sempurna hasilnya. Untuk menghafaz al-Quran, kaedah amat penting diketahui dan dipraktikkan. Ianya tidak boleh dihafaz begitu sahaja secara membuta tuli kerana cara ini tidak berkesan, membosankan dan terdedah kepada kelupaan. Pengertian "hafazan" diambil dari asal perkataan "hafaz" yang bererti sudah masuk betul ingatan, dapat mengucapkan pelajaran (ayat al Quran dan lain-lain) dengan ingatan semata-mata, tanpa melihat buku, kitab dan sebagainya (Kamus Dewan,1997:211). Mengikut Mu'jam al-'Arabi al-Asasi, perkataan hafaz berasal dari perkataan ( )bermaksud menjaga sesuatu dan mengawalnya daripada hilang (Ahmad al-'Ayyid & Dawud 'Abduh, 1989:332). Ee Ah Meng (1997:89) menyatakan Hafaz bermaksud suatu proses mental yang menekankan pengalaman yang bermakna, menyimpan dan mengeluarkan kembali pengalaman tersebut 2

< HBIS1203>

ketika diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Daripengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa hafazan membawa maksud memelihara,mengingati, menjaga, mengawal apa yang telah dipelajari daripada lupa dan rosak supaya ia tidak hilang. Hafazan boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu hafazan serta merta, hafazan jangka pendek dan hafazan jangka panjang. Hafazan serta merta boleh kekal dalam dua saat atau kurang daripada itu, hafazan jangka pendek boleh kekal dalam beberapa minit, jam dan hari sementara hafazan jangka panjang boleh menyimpan semua maklumatyang telah dialami semenjak lahir lagi (Ab. Fatah Hasan, 1994:13).

Menurut Schunk D.H (1996: 163-166), hafazan mempunyai beberapa jenis iaitu hafazan jangka pendek dan hafazan jangka panjang.Hafazan jangka pendek mempunyai ciri kapasiti terhad, masa yang singkat dan separuh sedar. Hafazan jangkapanjang adalah mempunyai kapasiti yang tidak terhad, penyimpanan kekal dan maklumatnya akan teraktif apabila digerakkan dan ianya terdiri daripada empat jenis. Pertamanya, hafazan episodic iaitu mengingat semula sesuatu kejadian yang pertamakali berlaku dan bermakna kepada diri sendiri. Kedua, hafazan semantik melibatkan pengumpulan pengetahuan tentang perkataan, konsep dan makna yang tersimpan secara jangka panjang. Ketiga, hafazan prosedur iaitu mengingat semula urutan perkara yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang dan akhir sekali hafazan visual adalah hafazan terhadap maklumat yang dikodkan dalam bentuk gambar, imej dan pemandangan. Menurut Rahil Mahyuddin, Jamiah Mohamad dan Kasnani Ab. Karim (2000:34)proses hafazan mengandungi tiga peringkat. Pertama peringkat perolehan, kedua ialah peringkat pengekalan dan ketiga peringkat perolehan kembali. Peringkat perolehan melibatkan memberikan perhatian kepada rangsangan dan mengekodkan ke dalam ingatan. Pengekalan merupakan peringkat hafazan di mana maklumat disimpan dan perolehan kembali iaitu proses mengeluar maklumat daripada simpanan apabila diperlukan.

Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa hafazan membawa maksud memelihara, mengingati, menjaga, mengawal apa yang telah dipelajari daripada lupa dan rosak supaya ia tidak hilang.

< HBIS1203>

Hafazan boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu hafazan serta merta, hafazan jangka pendek dan hafazan jangka panjang. Hafazan serta merta boleh kekal dalam dua saat atau kurang daripada itu, hafazan jangka pendek boleh kekal dalam beberapa minit, jam dan hari sementara hafazan jangka panjang boleh menyimpan semua maklumatyang telah dialami semenjak lahir lagi (Ab. Fatah Hasan, 1994:13).

Menurut Schunk D.H (1996: 163-166), hafazan mempunyai beberapa jenis iaitu hafazan jangka pendek dan hafazan jangka panjang. Hafazan jangka pendek mempunyai ciri kapasiti terhad, masa yang singkat dan separuh sedar. Hafazan jangkapanjang adalah mempunyai kapasiti yang tidak terhad, penyimpanan kekal dan maklumatnya akan teraktif apabila digerakkan dan ianya terdiri daripada empat jenis. Pertamanya, hafazan episodic iaitu mengingat semula sesuatu kejadian yang pertamakali berlaku dan bermakna kepada diri sendiri. Kedua, hafazan semantik melibatkan pengumpulan pengetahuan tentang perkataan, konsep dan makna yang tersimpan secara jangka panjang. Ketiga, hafazan prosedur iaitu mengingat semula urutan perkara yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang dan akhir sekali hafazan visual adalah hafazan terhadap maklumat yang dikodkan dalam bentuk gambar, imej dan pemandangan. Menurut Rahil Mahyuddin, Jamiah Mohamad dan Kasnani Ab. Karim (2000:34) proses hafazan mengandungi tiga peringkat. Pertama peringkat perolehan, kedua ialah peringkat pengekalan dan ketiga peringkat perolehan kembali. Peringkat perolehan melibatkan memberikan perhatian kepada rangsangan dan mengekodkan ke dalam ingatan. Pengekalan merupakan peringkat hafazan di mana maklumat disimpan dan perolehan kembali iaitu proses mengeluar maklumat daripada simpanan apabila diperlukan. Kaedah Hafazan" bermaksud satu sistem atau cara bersistematik dan berkesanyang digunakan oleh para hafiz dalam proses penghafazan al-Quran. Kaedah tersebut digunakan samaada kaedah semasa menghafaz, kaedah mengulang-ulang hafazan dan kaedah mengekalan hafazan. Perkataan efektif adalah asal daripada perkataan efek yang bermaksud kesan. Manakala efektif bermaksud ada kesannya (pengaruhnya) atau berkesan. (Kamus Dewan, 2002:326). Perkataan kajian pula adalah dari asal perkataan kaji iaitu kegiatan (usaha, proses) mengkaji. (Kamus Dewan, 2002:326). 4

< HBIS1203>

MAKLUMAT INSTITUSI

Instituisi pertama yang menjadi pilihan saya ialah Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Maahad ini mula ditubuhkan pada tahun 1996. Ia dipelopori oleh Dato Haji Zulkifli bin Haji AlHafiz. Pada permulaannya ia beroperasi di Masjid Negeri dengan pelajar seramai sembilan orang. Pelajar pertama Maahad ini adalah di bawah program diploma. Asalnya Maahad ini di tadbir oleh Jabatan Agama Negeri Pahang. Pada tahun 1998, Maahad ini berpindah ke empat unit rumah kedai di Jalan Bukit Ubi, Kuantan. Kini, Maahad Tahfiz Pahang telah mempunyai sebuah bangunan kekal yang cantik. Bangunan ini terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan dan ia bernilai 10.7 million ringgit. Kampus Maahad Tahfiz Pahang ini dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Pahang.

Maahad Tahfiz Pahang mendapat sumber kewangannya daripada Yayasan Pahang sebanyak 250 juta ringgit setiap tahun dan Jabatan Agama Islam Pahang sebanyak 200 ribu ringgit setiap tahun. Setiap pelajar yang terpilih masuk ke sini ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Pahang dengan nilai 1000 ringgit sebulan termasuk duit poket sebanyak 50 ringgit sebulan. Setiap pelajar yang ingin masuk ke Maahad Tahfiz Pahang ini mestilah memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan seperti berikut: a. Anak Negeri Pahang b. Mempunyai bacaan Al-Quran yang baik c. Lulus temuduga oleh pihak Maahad Tahfiz Pahang Kursus yang ditawarkan oleh Maahad Tahfiz Pahang ialah Tahfiz Professional (Tingkatan 13). Kursus ini terbuka kepada : a. Kelulusan UPSR sekurang-kurangnya 4A dan 1B. b. Umur tidak melebihi 13 tahun c. Pelajar diwajibkan mengambil Sains tulen di institute ini Kursus kedua yang ditawarkan di sini ialah Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat. Kursus ini terbuka kepada lepasan SPM dengan: a. Kredit Bahasa Malaysia b. Kredit Bahasa Arab Tinggi c. Kredit Pengajian Al-Quran dan Sunnah

< HBIS1203>

d. Lulus Bahasa Inggeris e. Berumur diantara 17 hingga 21 tahun

Institut kedua sebagai tempat kajian ialah Maahad Bahasa Dan Ilmu Al-Quran. Ia lebih dikenali dengan panggilan MaBIQ. Pengasas MaBIQ adalah sepasang suami isteri, iaitu Jamaluddin bin Abdul Jabbar dan Umee Ruziani binti Ab.Ghani. MaBIQ ini merupakan sebuah maahad tahfiz yang berkonsepkan pendidikan kebajikan untuk anak yatim dan fakir miskin. Pusat tahfiz ini beroperasi di atas tanah persendirian berukuran kurang setengah ekar di Kampung Peramu, Tanjung Lumpur, Kuantan. Bangunan MaBIQ terdiri daripada kelas akademik, kelas tahfiz, asrama, bilik latihan/komputer, surau, dewan makan, pejabat, empat bilik penginapan guru Al-Quran dan dua bilik tetamu.

MaBIQ mempunyai lima puluh orang ahli keluarga, iaitu seramai dua puluh enam orang pelajar dan selebihnya adalah tenaga pengajar dan kakitangan sokongan. Pelajar di sini berumur diantara empat belas hingga lapan belas tahun dan semuanya adalah pelajar lelaki. Selain belajar akademik biasa dan hafazan, pelajar MaBIQ juga diajar tentang pendidikan amali kehidupan seperti menyuruskan seekor kambing, iaitu daripada peringkat penyembelihan, melapah, menyiang dan seterusnya memasak. Mereka juga diajar kemahiran elektrikal. Ini bertujuan supaya mereka mendapat kemahiran tambahan dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian mereka terutama selepas menamatkan pengajian di institut ini.

Lapan puluh peratus sumber kewangan MaBIQ adalah datang daripada sumbangan orang ramai dan dua puluh peratus lagi adalah daripada restoran MaBIQ. Oleh kerana pelajar MaBIQ terdiri daripada fakir miskin dan anak yatim, jadi makan dan minum pelajar ditanggung sepenuhnya oleh pihak MaBIQ hasil sumbangan orang ramai. MaBIQ memerlukan dua puluh lima ribu ringgit untuk perbelanjaan setiap bulan. Oleh kerana MaBIQ tidak mempunyai sumber yang kukuh, pihak MaBIQ berusaha sedaya upaya berhemah dalam perbelanjaannya.

Seperti institut yang lain, kemasukan ke MaBIQ ada syarat-syaratnya. Syarat-syarat kemasukan ke MaBIQ adalah seperti berikut: a. Anak fakir miskin 6

< HBIS1203>

b. Anak yatim c. Berumur enam tahun hingga lapan belas tahun d. Warganegara Malaysia

DUA KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN

Sejarah Hafazan al-Quran bermula semenjak penurunan ayat al-Quran yang pertama. Ketika Rasullulah s.a.w berumur 40 tahun dan sedang beribadat di Gua Hira, Allah S.W.T. telah memerintahkan Jibrail A.S. untuk mengajarkan al-Quran kepada baginda. Ayat pertama yang dibaca adalah iqra yang diulang sebanyak tiga kali oleh Malaikat Jibrail a.s. dan kemudian dibaca kembali oleh baginda secara hafazan. Rasulullah s.a.w mempunyai banyak kelebihan dalam menghafaz alQuran.Disampingkebijaksanaan yang dimiliki, baginda s.a.w amat bersungguh-sungguh berusaha memastikan segala ayat-ayat al-Quran yang diterimanya itu dapat dihafaz dan diingatdengan baik.

Bacaan Rasulullah s.a.w. bukanlah hafazan semata-mata, tetapi bacaan untuk difahami dan diingati. Pada peringkat awal penurunan wahyu, Rasulullah s.a.w sentiasa menggerakkan lidahnya mengulangi ayat-ayat al-Quran walaupun ayat tersebut belum sempurna dibaca oleh Jibril a.s dan ini mengganggu bacaan Jibril a.s. Baginda s.a.w bersungguh-sungguh melakukan itu hanya kerana mahu segera mengingati ayat-ayat tersebut dan bimbang ayat tersebut mungkin dilupainya. Lalu Allah S.W.T menasihati baginda s.a.w agar berhenti daripada melakukan perkara tersebut. Seterusnya Allah S.W.T. menjamin akan memastikan Rasulullah s.a.w dapat menghafaz segala ayat al-Quran dengan baik sebagaimanafirmanNya: Terjemahannya: Janganlah kamu menggerakkan lidah mu untuk membaca al-Quran kerana hendak cepat (dan terburu-buru untuk menguasainya). Sesungguhnya atas tanggungan kamilah mengumpulnya (di dada mu) dan (membuat mu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacanya maka ikutilah bacaan itu. (al-Qiyamah: 16 - 18)

Untuk menjamin ketepatan dan keutuhan ayat-ayat al-Quran di dada Rasulullah, Jibril a.s. juga turut membantu dengan sentiasa datang bertadarus bersama baginda s.a.w. al-Bukhari 7

< HBIS1203>

ada meriwayatkan sebuah cerita daripada Ibnu Abbas r.a. Secara ringkasnya, Ibn Abbas berkata bahawa Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w pada setiap malam di bulan Ramadhan, lalu mereka berdua secara bertadarus membaca al-Quran. Ketika Jibril membaca al-Quran, Rasulullah s.a.w akan mendengar dengan teliti bacaan tersebut dan begitulah sebaliknya. Kaedah yang digunakan oleh Jibril dan Rasulullah ini adalah Kaedah Tasmi.

KAEDAH HAFAZAN

Kaedah hafazan merupakan kesinambungan daripada kaedah Talaqqi Musyafahah. Ia merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan ingatan secara langsung. Kaedah ini dipandang penting untuk menguatkan dan mengembangkan ingatan. Melalui kaedah ini, apa yang dipelajari dapat dikeluarkan semula dengan lengkap. Rasulullah SAW menghafal wahyu secara bersungguh-sungguh sebaik sahaja menerima wahyu kerana bimbang ia akan hilang daripada ingatan baginda. Hafazan dibahagikan kepada tiga peringkat. Pertama, peringkat hafazan semata-mata iaitu mempelajari sesuatu tanpa member penekanan kepada aspek kefahaman terhadap ayat-ayat yang dihafaz. Peringkat ini ialah peringkat yang paling rendah dalam hafazan. Peringkat kedua adalah peringkat hafazan dan kefahaman. Peringkat ini memerlukan kefahaman bahan yang dihafaz. Dalam peringkat ini biasanya hafazan berlaku dengan cepat dan dapat dikekalkan dalam ingatan. Peringkat ketiga ialah peringkat hafazan dan analisis. Peringkat ini adalah peringkat tertinggi dalam kaedah hafazan dan memerlukan fikiran yang matang. Segala bahan yang dihafaz dalam peringkat ini adalah lebih mantap dan berkekalan. Lazimnya, ia berlaku kepada para ahli tafsir dan ahli-ahli hadis.

Jadual Cara Bacaan Al-Quran Cara Bacaan Al-Quran Tartil Keterangan Bacaan secara perlahan, tenang dengan makhraj dan hokum tajwid yang sempurna. Tahqiq Hadar Tadwir Bacaan seperti Tartil, tetapi lebih lambat dan perlahan. Bacaan cepat, tetapi memelihara hokum tajwid. Bacaan pertengahan antara Tartil dan Hadar. 8

< HBIS1203>

Dalam menaplikasikan kaedah ini di bilik darjah, peringkat hafazan yang perlu dipraktikkan adalah peringkat pertama iaitu hafazan semata-mata tanpa kefahaman. Murid tidak perlu menghuraikan maksud ayat disebabkan ketidakmampuan murid untuk memahami dan membahaskannya. Contoh langkah-langkah dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut: (a) Murid diminta mendengar ayat-ayat yang dibaca oleh guru dan mengikut bacaan guru secara beramai-ramai, kumpulan dan individu. (b) Guru mengulangi aktiviti ini beberapa kali sehingga murid dapat menyebut ayat-ayat yang diberi tanpa bantuan guru. (c) Guru mendengar sebutan murid secara individu untuk menilai kebolehan murid tersebut menghafaz. Pada masa yang sama, murid-murid lain digalakkan mengulangi sebutan dan bacaan mereka di hadapan rakan-rakan lain dalam usaha saling bantumembantu mengingati ayat-ayat tesebut. (d) Guru boleh memberikan maksud ayat agar dapat membantu murid lebih mengingati ayat-ayat yang dihafaz. (e) Setelah murid mampu menguasai ayat hafazan dengan baik, guru perlu menilai hafazan mereka dengan mendengar kembali ayat-ayat yang disebut oleh mereka. Kaedah ini dikenali sebagai Kaedah Tasmi. Kaedah hafazan mempunyai kelebihan yang tersendiri iaitu: (1) Menguatkan ingatan dan pendengaran murid (2) Menajamkan akal fikiran murid (3) Bahan untuk berhujah secara spontan (diperingkat pembelajaran yang lebih tinggi)

KAEDAH TASMI Kaedah Tasmi digunakan untuk menguji kelancaran bacaan dan hafazan murid dan ia merupakan kesinambungan daripada kaedah hafazan . Menerusi kaedah ini, murid akan diminta membaca surah-surah yang ditetapkan dihadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkannya. Selepas itu, murid boleh ditanya tentang hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca. Kaedah ini boleh 9

< HBIS1203>

dilakukan dengan cara sama ada guru mendengar dan meneliti bacaan murid, murid membaca secara kumpulan atau individu secara bergilir-gilir atau murid membaca dengan suara yang nyaring. Kelebihan Kaedah Tasmi adalah seperti berikut: (1) Guru dapat membetulkan bacaan murid dengan tepat. (2) Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik. (3) Guru dapat mempastikan murid tidak melakukan kesilapan. (4) Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan murid dengan tepat. (5) Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid.

KRITIKAN BEBERAPA KEKURANGAN TENTANG KAEDAH YANG DIPILIH

Hasil temubual dengan pelajar, didapati Kaedah Hafazan dan Tasmik ini banyak kelebihannya tetapi terdapat juga kelemahannya. Di antara kelemahan kaedah hafazan ialah: (1) Pelajar mestilah memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru menyebut ayat-ayat supaya dapat diingat dan seterusnya menghafaz ayat berkenaan. (2) Contoh bacaan guru memberi kesan besar kepada pelajar. Guru mestilah menyebut ayat yang betul dari segi tajwid, sebutan huruf dan panjang/pendek sebutan huruf. (3) Guru mesti menguasai kemahiran yang baik. Kelemahan Kaedah Tasmi pula adalah seperti di bawah : (1) Pelajar perlu lancar terlebih dahulu ayat yang hendak dibaca dihadapan guru. (2) Pelajar mesti berani dan yakin diri untuk perdengarkan bacaannya dihadapan guru. (3) Kaedah ini sesuai untuk murid-murid membaca ayat tilawah dan hafazan, ianya tidak sesuai untuk bacaan. (4) Ketika guru sedang mendengar bacaan ayat tilawah dan hafazan daripada seorang murid, maka murid-murid yang lain tidak memberi penumpuan yang sepenuhnya dalam pembacaan mereka.

10

< HBIS1203>

PENILAIAN TERHADAP KAEDAH DAN TEKNIK Kaedah Hafazan dan Kaedah Tasmi dipilih dalam penyelidikan ini adalah kerana kaedahkaedah ini merupakan kaedah yang digunapakai oleh pelajar di kedua-dua institusi ini. Ia juga adalah kaedah yang diguna oleh Rasulullah dan Jibril dalam usaha Rasulullah mengingati wahyu yang diturunkan. Menurut Ustaz Soleh, Penolong Pengarah Bahagian Hafazan Maahad Tahfiz Negeri Pahang, kaedah ini paling berkesan kepada semua pelajar.

Pada permulaannya, pelajar akan melancarkan bacaannya mereka beberapa kali. Setelah mereka yakin bacaan mereka betul, pelajar memperdengarkan bacaan dihadapan rakan dan seterusnya mereka akan memperdengarkan bacaan dihadapan guru. Guru memperbetulkan bacaan pelajar jika berlaku kesilapan. Jika terlalu banyak kesilapan yang dibuat oleh pelajar, pelajar diberi peluang untuk mengulang bacaannya sekali lagi. Jika berlaku juga kesilapan, pelajar akan melancarkan ayat tersebut semula. Pelajar tidak akan membaca ayat baru selagi ayat lama tidak diingati. Setiap pelajar akan membaca ayat baru apabila ayat lama telah diingatinya. Proses memperdengarkan bacaan baru dihadapan guru ini sekurang-kurangnya dua muka surat. Kaedah Tasmi ini sangat praktikal digunakan oleh mana-mana instituisi kerana ia dapat mempertemukan pelajar dan guru secara bersemuka dan dapat memerhati contoh bacaan daripada guru kemudian di ikuti oleh pelajar. Selain daripada itu, dengan mengaplikasi kaedah ini, pelajar mengikut tajwid. dapat menyebut huruf mengikut makhraj yang betul serta bacaan

Kaedah Hafazan juga merupakan kaedah yang praktikal digunakan kerana dengan kaedah ini guru dapat mengesan kesalahan bacaan pelajar-pelajar serta dapat memperbetulkan bacaan secara individu dan kumpulan. Selain itu, guru juga dapat memperkenalkan hukum-hukum tajwid kepada pelajar dalam ayat yang dibaca serta guru dapat menerangkan kepada pelajarpelajar tentang kesalahan bacaan dari segi tajwid. Akhirnya, dengan menggunakan Kaedah Hafazan ini guru dapat mendisiplinkan pelajar-pelajar dari segi bacaan yang betul mengikut hukum-hukum tajwid dan juga tanda-tanda bacaan.

11

< HBIS1203>

CADANGAN APLIKASI TEKNIK HAFAZAN DALAM BILIK DARJAH

Teknik hafazan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah pendekatan pemusatan kelas, kumpulan dan individu. Ia bertujuan untuk melibatkan kesemua murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini juga memberi peluang kepada guru untuk mengenali murid-murid dengan lebih dekat. Menerusi kaedah Talaqqi dan Mushafahah, iaitu kaedah di mana murid berhadapan dengan guru untuk membaca al-Quran, sekiranya terdapat kesilapan bacaan guru akan memperbetulkannya. Kaedah ini amat berkesan kerana murid dapat mengenalpasti kesilapan bacaan mereka dan seterusnya dapat memperbetulkannya secara langsung, malah ia juga dapat mengenalpasti tahap penguasaan pembacaan al-Quran. Kaedah ini dilakukan dengan cara menyuruh murid membaca al-Quran kemudiannya guru membetulkannya dan diikuti semula oleh murid tersebut dengan bacaan guru. Ini dapat membantu pelatih mencari jalan yang terbaik bagi meningkatkan lagi tahap pembacaan murid tersebut.

Teknik atau Kaedah latih tubi pula merupakan satu kaedah yang kerap digunakan oleh pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Latih tubi merupakan satu kaedah pengulangan fakta yang telah dibaca, ini adalah bertujuan supaya murid dapat menyebut dengan fasih dan seterusnya dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran. Oleh yang demikian kaedah latih tubi ini amat sesuai bagi mereka yang baru belajar al-Quran, malah kaedah ini sememangnya telah diperaktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Kaedah latih tubi ini digunakan oleh pelatih di dalam kelas secara kelas, kumpulan dan individu. Sebagai contoh, pelatih menyuruh semua pelajar membaca surah fatihah mengikut bacaan pelatih, kemudian murid disuruh membaca secara kelas, kumpulan dan individu. Pemerhatian yang telah dibuat menunjukan bahawa kaedah latih tubi ini meningkatkan kefasihah menyebut, mengenal dan juga dapat membantu murid mengingat huruf-huruf yang telah dibaca.

Selain itu teknik yang sesuai bagi pengajaran dalam bilik darjah ialah Halaqah. Ia merupakan satu kaedah di mana murid mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan. Kaedah ini pelatih mengunakan pendekatan pemusatan guru dan pemusatan murid. Kaedah ini membahagi beberapa kumpulan murid dengan jumlah minimum kira-kira sepuluh orang murid dalam satu kumpulan, dalam kumpulan ini guru boleh bertindak sebagai fasilitator di 12

< HBIS1203>

samping murid bebas mengemukakan pandangan masing-masing. Dalam situasi sedemikian guru dan murid dapat berinteraksi secara langsung. Kaedah ini diperaktikan oleh pelatih semasa pembahagian kumpulan untuk rekod bacaan al-Quran. Kaedah ini dilakukan oleh pelatih untuk mempercepatkan proses bacaan al-Quran.

Teknik atau kaedah ulangan merupakan kaedah yang biasa digunakan oleh guru. Kaedah ini digunakan oleh pelatih dalam pembacaan buku Iqra. Ianya dilakukan dengan mengulangi semula apa yang dibaca oleh murid, ianya bertujuan untuk proses mengingat dan proses kelancaran bacaan. Menerusi kaedah ini juga murid dapat mengingati sesuatu fakta dengan cepat dan berkesan. Dalam pembacaan al-Quran, pelatih menggunakan kaedah ini sebagai proses pembacaan semula, kerana ada sesetengah murid tidak dapat membaca tetapi mengunakan kaedah menghafaz. Jadi secara tidak langsung kaedah ulangan ini memberi faedah kepada murid-murid yang mempunyai masalah tidak dapat membaca dan mengenal huruf.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga teknik atau kaedah soaljawab perlu digunakan untuk memastikan murid-murid dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Kaedah ini ialah guru mengemukakan soalan dan murid memberi jawapan yang sewajarnya. Dalam hal ini pelatih akan memperdengarkan bacaan al-Quran dan kemudiannya menyoal murid tentang apakah surah di baca sebentar tadi. Murid yang memahami akan mengetahui apakah surah yang dibacakan. Kaedah ini perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya merupakan pengukuran bagi mengetahui samaada murid-murid memahami atau tidak pengajaran yang disampaikan. Menerusi kaedah ini juga interaksi dua hala dapat diwujudkan, malah lebih daripada itu ianya dapat mengikis sikap malu untuk bertanya.

Teknik dan kaedah yang terakhir digunakan oleh guru ialah kaedah hafazan. Kaedah ini merupakan satu kaedah atau proses mengingat secara langsung. Ini bermakna murid akan menggunakan kaedah ini untuk mengingati fakta-fakta khusus dalam pelajaran mereka. Kaedah ini diperaktikan oleh pelatih dalam proses menghafaz al-Quran. Guru akan memastikan murid terlebih dahulu dapat membaca al-Quran dan kemudiannya Guru menyuruh murid-murid meghafaz al-Quran. Kaedah ini bertujuan supaya sentiasa 13

< HBIS1203>

mengamalkan surah yang dihafaz. Disamping itu juga ia dapat membantu murid-murid melatih daya ingatan masing-masing.

KESIMPULAN

Pada keseluruhannya hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di Kedua-dua Institut al-Quran berkenaan menggunakan kaedah hafazan yang hampir serupa dan majoritinya menggunakan kaedah melancarkan pembacaan ayat-ayat yang akan dihafaz terlebih dahulu. Namun begitu, sistem pembelajaran mereka adalah berlainan kerana di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, sistem pembelajarannya adalah lebih bersifat moden seperti institusi-institusi pengajian lain. Manakala Maahad Bahasa Dan Ilmu Al-Quran, sistem pembelajaran yang digunakan di pusat pengajian tahfiz ini adalah lebih kepada sistem tradisional ataupun sistem pengajian pondok tetapi telah diterapkan beberapa subjek asas.

14

< HBIS1203>

BIBLIOGRAFI

Ahmad Mohd Salleh. (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedadogi dan Metodologi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ismail Awang. (1987). Pengajian dan Tafsir al-Quran. Kota Bahru: Dian Darul Na'im Sdn. Bhd. Ismail Masyhuri al-Hafiz. (1993). Fadhilat Membaca Dan Menghafal al-Quran Serta Panduan Menghafalnya. Kuala Lumpur: Syarikat Nurul Has.

Mohd Yusof Ahmad. (2000). Sejarah & Kaedah Pendidikan al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit UM.

15

< HBIS1203>

LAMPIRAN

16

< HBIS1203>

17

< HBIS1203>

18

< HBIS1203>

19

< HBIS1203>

20

< HBIS1203>

21

< HBIS1203>

22

< HBIS1203>

23

< HBIS1203>

24

< HBIS1203>

25

< HBIS1203>

26

< HBIS1203>

27

< HBIS1203>

28

< HBIS1203>

29

You might also like