You are on page 1of 4

1.0 ASAS KEJURULATIHAN-PERALATAN DAN UKURAN GELANGGANG.

1.0.1 PERALATAN Tanggungjawab jurulatih bagi memastikan para pemain menggunakan peralatan dengan betul. Contohnya stokin dipakai dengan betul, tali kasut tidak diikat dengan terlalu ketat, baju dimasukkan ke dalam seluar, rambut dan kuku sentiasa pendek. Peralatan adalah sama untuk semua pemain dibersihkan Contoh peralatan atau kelengkapan yang digunakan: o Seluar o Uniform/ jersi o Bola o Stokin o Kasut dan perlu sentiasa

SELUAR - Perlu dibuat daripada kualiti kapas yang baik iaitu elastik di bahagian atas - Tujuannya adalah supaya dapat memberi sedikit kebebasan bergerak kepada pemain. -Memudahkan pemain melakukan pelbagai gerakan untuk melakukan jaringan. UNIFORM/ JERSI Sudah menjadi peraturan supaya pemain pasukan memakai jersi yang berbeza warna. Jersi yang dipakai perlulah mempunyai warna yang terang dan gelap. Nama dan nombor ada di jersi pemain. Nombor yang digunakan untuk jersi bermula daripada 4 hingga 15.

BOLA Bola dibuat daripada kulit dan mempunyai lubang di tengah supaya angin dapat dipam masuk. Lilitan bola adalah antara 75 hingga 78 sentimeter. Beratnya pula dalam lingkungan 600 hingga 650 gram. Tanggungjawab pengadil untuk menguji bola terlebih dahulu sebelum permainan dimulakan.

Rajah 1: Bola keranjang

STOKIN - Digalakkan untuk pemain memakai stoking yang dibuat daripada 50% bulu. - Stokin yang dipakai bersama kasut hendaklah dipakai dengan betul supaya tidak berlaku sebarang kecederaan. KASUT Pemain hendaklah memakai kasut yang dikhaskan dalam permainan bola keranjang. Kasut yang baik adalah kasut yang dapat mencengkam, mula dan berhenti dengan cepat serta dapat menukar arah dengan pantas. Kasut perlu dipakai dengan betul supaya tidak mendatangkan kecederaan.

PERALATAN UMUM UNTUK LATIHAN Bola yang bersih secukupnya dan dijaga dengan baik. Ada 12 biji bola yang cukup untuk setiap pemain berlatih. Satu dozen baju/jersi yang berwarna untuk memudahkan mengenali lawan ketika latihan. Setiap pemain dibekalkan dengan satu tuala yang bersih.

1.0.2UKURAN GELANGGANG

Gelanggang adalah dalam bentuk segi empat tepat. Mempunyai permukaan yang keras dan tiada halangan di permukaan gelanggang. Saiz gelanggang ini diiktiraf oleh Persekutuan Persatuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA), khususnya untuk kejohanan dan pertandingan Sukan Olimpik.

Gelanggang perlu mempunyai garisan dan bulatan yang dikehendaki undangundang. Jika diadakan dalam dewan tertutup, siling dewan hendaklah sekurangkurangnya 7 meter dan gelanggang dipasang lampu yang terang.

Rajah 2: Ukuran gelanggang bola keranjang

Rajah 3: Kawasan lontaran

You might also like