Professional Documents
Culture Documents
KULIAH 9
Gangguan biosfera
- Gangguan kepada tumbuhan - Gangguan kepada haiwan - Gangguan kepada manusia lain
Jenis gangguan :
- Langsung - Tidak langsung
Contoh : Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan yang disebabkan permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina. Ini menyebabkan Harimau Malaya kini hampir pupus
Pencemaran
Pencemaran yang teruk menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan, terutamanya hidupan laut. Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut. Beruang Panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.
Berita Harian Online Isnin, 28 Julai 1997 Kesan rumah kaca ancam Bumi
SATU pertiga daripada perangkaan rumah kaca dunia terletak di Amerika. Kesan 'rumah hijau' ini menyumbang 67 peratus daripada pencemaran dunia. Kajian menunjukkan kesan pencemaran itu menyebabkan bumi mengalami beberapa perubahan yang membabitkan cuaca dan topografi. Antaranya dunia akan ditenggelami air antara 14 hingga 36 sentimeter bermula dari 1990 hingga 2025. Dalam tempoh yang sama suhu bumi meningkat antara 0.8 hingga 3.6 darjah Celsius dan kadar karbon dioksida (CO2) akan meningkat kepada 650 ppm. MAT ZAHARI ALI menulis mengenainya. SIKAP angkuh Amerika terhadap kedaulatan perundangan dunia kian tercabar selepas secara total menggagalkan Agenda 21 sidang Bumi di Rio de Janeiro yang dipersetujui lima tahun lalu. Washington sedikitpun tidak malu di depan 173 negara dunia di sidang kemuncak mengenai alam sekitar di New York penghujung bulan lalu apabila dianggap negara terbesar penyumbang utama pencemaran dunia..
http://161.139.39.251/akhbar/ecol&env/1997/ bh97728.htm
Pemburuan haram
berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini. Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa menyebabkan haiwan-haiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan. Menurut kajian yang pernah dilakukan, daripada 10 haiwan yang diseludup, biasanya hanya seekor sahaja yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat. Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini menggalakkan lagi pemburuan haram. Menyedihkan juga kerana haiwan-haiwan daripada golongan primat seperti monyet dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan. Dianggarkan hampir 200,000 primat digunakan setiap tahun untuk tujuan penyelidikan sehingga menyebabkan beberapa jenis primat hampir pupus kini. .
Kemusnahan hutan dan pembalakan Alam Sekitar: Sabah bakal kehilangan Orang Utan
Berita Harian, 26 Jan 2004
ORANG Utan Borneo adalah haiwan terkenal di Sabah dan paling mendapat perhatian, bukan saja kerana keunikannya malah kerana ia diancam kepupusan. Hari ini populasi haiwan itu di Negeri Di Bawah Bayu dianggarkan mencecah 13,000, sekali gus menjadi satu-satunya lokasi yang menempatkan Orang Utan tertinggi di dunia. Wartawan AMIRULLAH ANDI NUR meninjau perkembangan, masalah serta masa depan Orang Utan yang turut menjadi tarikan pelancongan utama ke Sabah. DULU, Orang Utan boleh dijumpai di seluruh Asia Tenggara hingga ke China dan Jawa di Indonesia. Hari ini, ia hanya wujud di dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia. Sebab utama keadaan ini berlaku kerana faktor pemburuan di samping kehilangan habitat akibat pembalakan dan faktor ekologi seperti perubahan iklim. Sekitar 1900, ahli sains menganggarkan 315,000 Orang Utan hidup di Borneo dan Sumatera. Bagaimanapun, pada alaf baru ini, antara 30,000 hingga 40,000 saja masih hidup, menyaksikan pengurangan yang besar. Pengarah Pusat Wilayah bagi Pemuliharaan Kepelbagaian Biologi Asean, Dr John MacKinnon, berkata kira-kira 80 peratus daripada 50,000 Orang Utan di Sabah pupus sepanjang 40 tahun lalu. Beliau yang juga antara pengkaji pertama haiwan ini di Borneo serta penulis buku In Search of the Red Ape, mengaitkan perkembangan itu berpunca daripada kemusnahan hutan akibat kegiatan pembalakan yang jauh lebih pesat berbanding Indonesia.
Malaysia mencadangkan Tabung Penghijauan Dunia bagi Program ini ke arah memastikan 30 % permukaan bumi diliputi tumbuhan hijau pada akhir abad ini.
Ketika ini 27.6 % permukaan bumi diliputi dengan tumbuhan hijau. Matlamat yang dicadangkan oleh Malaysia sebanyak 2.4 peratus sehingga tahun 2000 dengan kadar 0.3 peratus setahun adalah memadai. Program ini hanya akan tercapai jika mendapat kerjasama dari negara maju dalam bentuk modal, kepakaran, teknologi hijau dan sebagainya.
Bagaimanapun negara maju yang rendah peratus tumbuhan hijau harus membuat kerja lebih. Contohnya negara Denmark ( 11 %), Perancis (25 %), Ireland (5 %), Itali ( 22 %), Belanda ( 9 % ), Norway ( 26 %), Amerika Syarikat ( 21 %), Switzerland ( 24 %) dan United Kingdom (8 %). Malaysia sendiri sanggup menetapkan sasaran yang lebih tinggi. Malaysia akan mengekalkan 50 % kawasan hijau sebagai membuktikan komitmen negara ini tehadap penghijauan dunia.
Dasar Kepelbagaian Biologi Negara- menyediakan rangka kerja penyatuan dan penyelarasan program dan projek kepelbagaian biologi dalam negera, telah dilancarkan pada April 1998. Selaras dengan Dasar berkenaan, keupayaan beberapa agensi pemuliharaan telahdiperkukuhkan dan pelan pengurusan dirangka bagi beberapa kawasan perlindungan. Penyediaan pelan induk untuk mengukuhkan sistem kawasan perlindungan di Semenanjung Malaysia, projek untuk meningkatkan keupayaan Jabatan Hidupan Liar di Sabah, memperbaiki pengurusan kawasan dilindungisepenuhnya di Sarawak serta kerjasama antara universiti di Malaysia dan Denmarkdalam pendidikan pemuliharaan dan latihan. Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Alam Semulajadi juga telah ditubuhkan di Taman Negara Endau-Rompin di Johor.
Di samping itu, pelan pengurusan sedang disediakan bagi Simpanan HidupanLiar Krau di Pahang, Taman Negeri Perlis, Lembangan Maliau di Sabah Projek kepelbagaian biologi di Simpanan Hidupan Liar Tabin dan kawasan Kinabatangan di Sabah. Pelan Pengurusan untuk tapak pertama Malaysia yang ditubuhkan di bawah Konvensyen RAMSAR mengenai Tanah Lembab yang berkepentingan Antarabangsa terutamanya sebagai Habitat Burung Air di Tasek Bera, Pahang, telah siap pada tahun 1999. Satu kajian untuk menggalakkan pembangunan mampan bagi tanah tinggi Banjaran Utama di Semenanjung Malaysia telah dilancarkan pada tahun 2000. Taman Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun
SEKIAN